Profile Picture

Nuradibah Afifah *******

(Online)

Sarjana Muda - Pendidikan Islam

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Alor Setar, Kedah

Institut Perguruan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama panggilan di sekolah ialah Ustazah Afifah. Saya berasal dari Alor Setar Kedah dan kini telah menetap di Sabah. Saya berumur 24 tahun. Saya mendapat pendidikan di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah dan 5elah memperoleh keputusan 10A dalam SPM kemudian melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan. Saya merupakan bekas pelajar IPG Kampus Dato Razali Ismail, Terengganu. Kini, saya telah dipostingkan di Beluran, Sabah selama 1 tahun. Walaupun subjek major saya ialah pendidikan islam dan subjek minor ialah bahasa arab, namun saya berpengalaman mengajar subjek pendidikan islam (rendah & prasekolah), bahasa arab, bahasa melayu & dunia seni visual. Saya juga pernah menjadi guru tuisyen subjek bahasa melayu dan melatih murid mengenal huruf dan membava. Saya banyak menggalas tugas sebagai pengacara majlis sekali gus dapat meningkatkan keyakinan diri bila berada di khalayak ramai. Saya berharap dapat menambah skil dan teknik mengajar di samping mendidik anak bangsa supaya sentiasa menjadikan pendidikan sebagai hal paling utama yang perlu ditekankan dalam kehidupan.
Teaching Method(s)
Antara teknik yang sering digunakan dalam pdpc di sekolah ialah teknik didik hibur kerana ia dapat menarik perhatoan murid untuk menumpukan perhatian sepanjang pdpc dijalankan. contohnya guru mencipta lagu menarik atau minta murid mencipta lagu berdasarkan teori yang telah dipelajari. Selain itu saya juga sering menggunakan kaedah memberi ganjaran kepada murid yang berjaya menjawab soalan dengan tepat. Selain itu saya juga menggunakan peta i-think untuk murid mengingat kaedah atau teori yang dipelajari. Penggunaan ict juga digunakan kerana murid lebih terdedah kepada perkara visual berbanding kaedah tradisional yang menggunakan buku teks semata-mata.
Subject
Subject School Level
Seni & Kraf Darjah 6
Mengaji - Iqra Darjah 6, Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Membaca - BM Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 6, Darjah 4
P. Islam Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Arab Darjah 6, Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Jawi Darjah 6, Tadika
Mengaji - Al-Quran Darjah 6
Bahasa Arab - Third Language Darjah 6
Asas Fardhu Ain Darjah 6
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3