Saya merupakan graduan lepasan IPG yang mendapat pendedahan sepenuhnya dalam bidang mengajar. Bukan itu sahaja, saya juga sudah mempunyai pengalaman mengajar ketika berpraktikum sewaktu masih bergelar pelajar selama lebih 6 bulan. Saya juga sudah cukup arif dalam tatacara mengajar yg menjadikan sesi mengajar bukanlah satu masalah bagi saya.
Teaching Method(s)
Sepanjang belajar di IPG, saya diterapkan dengan menggunakan kepelbagaian dalam sesi pengajaran. Maka, saya dapat menguasai pelbagai strategi atau kaedah pengajaran yang dapat menarik minat murid. Misalnya, teknik lakonan, strategi berpusatkan guru, murid atau bahan, kaedah sumbang saran, perbincangan dan sebagainya