Profile Picture

Muhammad Basyir *******

(Online)

Diploma / Stpm - Diploma Al-quran And As-sunnah (Universiti Sultan Zainal Abidin)

Masjid Tanah, Melaka

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya adalah salah seorang guru yang berdedikasi dalam mengajarkan Al-Quran. Saya memiliki kecintaan terhadap Al-Quran dan berkomitmen untuk menyebarkan kebaikan dan keindahan ayat-ayat suci kepada pelajar-pelajar saya. Selain itu, saya menggunakan pendekatan yang sabar dan penyayang dalam memahami setiap para pelajar saya yang mempunyai tahap keupayaan dan kecekapan yang berbeza dalam pembelajaran. Disamping itu, saya juga menerapkan dalam diri setiap pelajar iaitu nilai kesabaran dan keikhlasan dalam mengamalkan ayat-ayat al-Quran agar mereka tidak hanya belajar mengaji bahkan memperoleh nilai-nilai kehidupan yang penting. Oleh itu, saya memberikan perhatian kepada setiap pelajar, membantu mereka memahami dan menghayati setiap ayat Al-Quran dengan penuh kasih sayang agar mereka membentuk generasi yang beriman dan bertakwa. Ayuh !! mahu anak anda mengaji Al-Quran dengan lancar serta bertajwid? Hubungi saya sekarang.
Teaching Method(s)
"Salah satu teknik pengajaran yang saya gunakan adalah pendekatan yang santai dan bersahaja. Dalam Mengaji al-Quran, saya menggunakan teknik berinteraksi dengan pelajar secara santai, menggunakan bahasa yang mudah dipahami, dan memberikan contoh-contoh yang relevan dalam kehidupan seharian. Selain itu, saya juga menggunakan teknik pengajaran yang melibatkan pelajar secara aktif. Contohnya, saya meminta mereka untuk membaca ayat-ayat Al-Quran secara bergiliran, bermain permainan yang berkaitan dengan hafalan ayat-ayat, atau berdiskusi tentang makna dan hikmah di balik ayat-ayat tersebut. Ini secara tidak langsung akan membantu meningkatkan pemahaman dan keinginan pelajar untuk belajar. Selanjutnya, memberikan motivasi kepada para pelajar untuk terus belajar dan meningkatkan kemahiran mereka. Saya juga memberikan tugas-tugas yang menarik dan memberikan kesempatan kepada mereka untuk memperlihatkan kemahiran mereka dalam mengaji Al-Quran agar terus berdedikasi dan bersemangat dalam mempelajari dan mengamalkan ayat-ayat al-Quran.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Hifz Al-Quran Tingkatan 4, Tingkatan 5