Profile Picture

Nurfaizzah Mahirah *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Operations Research With Data Science

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Ongoing Study)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Nurfaizzah Mahirah, seorang pelajar sepenuh masa yang suka dengan subjek Matematik dan Matematik Tambahan dari bangku sekolah lagi. Saya pernah belajar di SBP(SM Sains Kuching Utara) sehingga Tingkatan 3 kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Kluster (Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah) sehingga SPM. Selepas menduduki SPM pada tahun 2021, saya telah mengisi masa lapang saya dengan menjalankan sesi ‘Private Tutoring’ (tidak berdaftar di bawah mana-mana syarikat) bersama beberapa pelajar secara atas talian, ‘one-to-one’. Berikut merupakan beberapa subjek yang telah saya pelajari iaitu Matematik, Matematik Tambahan, Sains dan Bahasa Melayu. Namun, berdasarkan pengalaman saya, saya lebih berminat untuk mengajar pelajar sekolah menengah untuk subjek Matematik dan Matematik Tambahan kerana itu adalah ‘my specialty’. Saya juga boleh mengajar subjek tersebut tidak kira DLP atau tidak, akan tetapi, saya lebih suka mengajar Matematik/Matematik Tambahan DLP kerana sepanjang persekolahan saya, saya hanya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan.
Teaching Method(s)
Kebiasaannya, saya akan menyediakan kertas soalan ‘past year’ atau beberapa helaian latihan sebagai latih tubi selepas mengajar sesuatu topik. Saya tidak menyediakan nota untuk pelajar, sebaliknya pelajar yang harus berinisiatif untuk menulis nota mereka sendiri. Bagi kaedah pengajaran pula, saya amat fleksibel untuk mengajar secara bersemuka dan dalam talian.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Tambahan DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5