Profile Picture

Ummi Aisyah *******

(Online)

Sarjana(master) - Pendidikan Kurikulum

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Graduated)

Semenyih, Selangor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Teacher Ummi. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang pendidikan. Mengajar pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah untuk Subjek bahasa Inggeris yang merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Bahasa Melayu merupakan subjek minor.bersesuaian dengan latar belakang pendidikan saya, saya mahir dalam penyusunan modul serta sentiasa menggunakan kaedah paling mudah untuk pelajar fahami setiap tajuk menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik dan mudah difahami bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan 'study smart' dalam mencapai objektif pembelajaran. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Saya juga menyediakan buku 'Fun with Grammar' lengkap supaya pelajar-pelajar mudah memahami penggunaan grammar Bahasa Inggeris dalam penggunaan harian. saya juga menggunakan Teknik skor A+ bagi subjek Bahasa Inggeris (LISAN) yang telah saya rangka sejak tahun 2021 untuk mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5, Dewasa